Zon $0.73000 Bakal Menjadi Penentu Pergerakan Harga AUD/USD

34

Selepas sahaja ditekan sentimen pasaran yang berisiko, dolar Aussie kembali pamer pengukuhan untuk menyokong harga pada carta AUD/USD kembali melonjak.

Pengukuhan itu serba sedikit dipacu oleh aspek kelemahan yang dipersembahkan oleh US dolar pada penghujung minggu lalu untuk pergerakan harga meningkat lebih 80 pips.

Menjadi tumpuan untuk mempengaruhi pergerakan harga matawang dolar Aussie adalah kenyataan yang bakal dilontarkan pada mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada dagangan esok (Selasa).

Pada mesyuarat sebelum ini, RBA telah memutuskan untuk mengurangkan pembelian bon kepada $4 bilion dari $5 bilion dan mungkin akan dilanjutkan sehingga sekurang-kurangnya pertengahan Februari 2022.

Berikutan aspek tersebut, secara tidak langsung ia berkemungkinan akan menggugat jangkaan para pelabur bagi menentukan pergerakan selanjutnya bagi dolar Australia.

Memperhatikan kepada carta harga pasangan matawang AUD/USD, lonjakan tersebut telah pun kembali menguji zon rintangan 0.72730 sebelum bergerak mendatar memasuk sesi pasaran hari ini (Selasa).

Zon SBR (support become resistance) 0.73000 bakal menjadi tumpuan untuk dinilai oleh para pelabur setelah 2 minggu berturut-turut masih gagal untuk ditembusi pada sebelum ini.

Sekiranya pergerakan semasa pada kali ini berjaya untuk menembusi zon tersebut, tidak mustahil untuk harga mampu untuk melonjak lebih tinggi untuk menguji zon SBR seterusnya sekitar 0.73600.

Namun jika harga kembali menyusut, zon RBS (resistance become support) 0.72000 dijangka akan kembali diuji setelah paras berkenaan telah menyokong semula lonjakan harga pada minggu lalu.

Keupayaan pergerakan harga menembusi zon RBS itu, para pelabur mungkin akan menilai zon sokongan terendah yang pernah dicapai pada penghujung Ogos sekitar 0.72000 untuk dicecah sekali lagi.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat