Zon $1.13000 Angkat EUR/USD Kembali Catat Kenaikan

282

Matawang USD terus tersadai pada dagangan minggu ini yang sekali gus kekal menggugat kedudukan ia sebagai raja matawang meskipun data-data Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan positif.

Indeks perbelanjaan peribadi pengguna AS yang menjangkau dari jangkaan sama sekali tidak berdaya untuk membantu USD kembali mengukuh di kala sentimen risk-on terus menyinari pasaran ketika ini.

Walaupun demikian, pelabur mungkin akan menantikan kepada potensi untuk kenaikan kadar faedah pada 2022 sejajar Federal Reserve (Fed) telah melontarkan kenyataan hawkish pada mesyuarat lalu.

Memantau harga kepada carta pasangan matawang EUR/USD telah menyaksikan terjunan di sesi Asia serta sesi Eropah semalam (Khamis) untuk menjejaki ke zon RBS (resistance become support) 1.13000.

Namun penurunan itu dilihat tidak bertahan lama setelah pergerakan harga hanya rebounce pada zon RBS tersebut serta paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk kembali membuat peningkatan.

Penganalisis menjangkakan harga mungkin bakal bergerak perlahan pada penutup dagangan minggu ini susulan kebanyakan pelabur tampaknya sedang bersedia untuk merayakan sambutan hari Krismas.

Akan tetapi andai kata harga memberi kejutan untuk papar rentak yang lebih rancak, sudah tentunya paras ketinggian sekitar 1.13500 dijangka bakal menjadi tumpuan sekiranya harga kembali meningkat.

Boleh dikatakan pergerakan harga kemungkinan akan mencapai zon rintangan 1.14000 jikalau harga terus cemerlang persembah lonjakan yang sekali gus bakal memberi isyarat bullish yang lebih ketara.

Sebaliknya zon 1.13000 kekal menjadi hala tuju yang pertama untuk dicecah sekiranya harga kembali membuat penurunan sebelum kebarangkalian besar harga mungkin akan berupaya untuk terus terjun.

Terjunan yang lebih parah akan memperlihatkan pergerakan harga menuju ke paras sokongan sekitar 1.12650-1.12350 terlebih dahulu selepas paras berkenaan telah kerap kali menyokong lonjakan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat