Zon $1.3300 Kritikal, GBP/USD Beri Isyarat Awal ‘Bullish’ Semula?

350

Memerhati kepada pergerakan harga pada carta GBP/USD tampaknya sekali lagi mempersembahkan aksi penurunan melebihi 80 pips pada sesi New York semalam (Rabu) sehinggalah ke penghujung sesi.

Terjunan itu juga telah menyangkal cubaan kenaikan harga yang dipamerkan untuk kekal bergerak di bawah zon SBR (support become resistance) 1.33000 dan paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Corak harga turut menyaksikan pergerakan harga masih lagi meneruskan corak dowtrend jika dilihat pada rangka masa harian sejak harga telah mencapai ke paras tertinggi sekitar 1.42500 pada awal Jun.

Keraguan yang kian melonjak terhadap Bank of England (BOE) bagi melaksanakan langkah pengetatan dasar polisi terus memberi kegusaran kepada pelabur di kala pasca Brexit yang masih lagi tidak selesai.

Faktor-faktor tersebut sama sekali telah menyebabkan bebanan kepada matawang Pound untuk kukuh dan secara tidak langsung terus memberi ruang kepada matawang USD untuk memapar penguasaan.

Sementara USD terus mencatat pengukuhan berikutan kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) dan laporan data ADP NFP Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan bacaan memuaskan dari jangkaan.

Bagaimanapun harga seperti sedang menguji trendline support untuk mungkin bakal mula memberi isyarat dalam membuat trend kenaikan yang dijangka akan tembusi zon SBR 1.33000 terlebih dahulu.

Kenaikan yang lebih garang akan memperlihatkan harga mencapai ke zon SBR 1.34000 pula sebelum menguatkan jangkaan berupaya mencapai ke puncak rintangan yang diperhatikan pada zon 1.35000.

Namun demikian jika pergerakan harga terus cenderung dalam mempertahankan prestasi penurunan, zon sokongan 1.32000 dan paras terendah sekitar 1.31940 akan menjadi sasaran utama untuk dicecah.

Penurunan yang lebih rendah pula bakal menyaksikan paras terendah bagi 2021 serta sejak daripada Disember 2020 berkebarangkalian akan sekali lagi tercipta yang dijangka akan jejaki ke zon 1.31000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat