Zon Resistance 1.34000 Jadi Penentu Arah Pergerakan GBP/USD

710

Seperti peningkatan pada dagangan mata wang Euro, Pound Sterling juga turut pamerkan kenaikan semalam walaupun terdapat risiko pada rundingan Brexit.

Meneliti perkembangan terbaru, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen memaklumkan proses rundingan masih berjalan dengan baik. Namun masih terdapat beberapa isu yang masih menghalang persetujuan dicapai.

Walaupun kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mencapai persetujuan, namun Leyen telah memberi amaran untuk bersedia dengan situasi Brexit tanpa perjanjian (no-deal).

Berbanding US dolar, Pound masih bergerak lebih kukuh pada sesi New York semalam berikutan didorong juga oleh penyusutan pada nilai US dolar seperti dipamerkan pada carta harga pasangan GBP/USD.

Harga yang menunjukkan penurunan pada sesi Eropah semalam hampir menyentuh paras sokongan 1.33000 pada zon RBS (resistance become support) kembali melonjak semalam sekitar 90 pips menuju ke zon resistance 1.34000.

Jika momentum berterusan, harga dilihat akan terus membuat kenaikan lebih tinggi menembusi resistance 1.34000.

Sasaran kenaikan harga seterusnya dilihat akan menuju pada paras ketinggian 1.35000.

Namun jika harga kembali membuat penurunan dan bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, isyarat awal perubahan trend bearish menjadi pertimbangan para pelabur.

Penurunan akan kembali semula menguji zon RBS 1.33000 dan jika harga berjaya menembusi zon tersebut, paras 1.32000 dilihat sebagai destinasi penurunan selanjutnya harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat