Zon Support $0.7100 Gagal Bendung Kejatuhan Lebih Rendah AUD/USD

382

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD tampilkan penurunan lebih rendah semula menuju dagangan penghujung minggu.

Pada awal minggu harga telah dilihat membuat penurunan ke zon support 0.71000 namun berjaya melantun membuat peningkatan semula.

Sehingga dagangan Rabu semalam, kenaikan harga dilihat terbatas pada zon harga 0.71800 yang merupakan zon SBR (support become resistance).

Gagal melepasi halangan tersebut, harga menjunam semula semalam ke zon support 0.71000 sehingga ke penghujung sesi New York ekoran reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC yang memberi kelebihan terhadap US dolar untuk mengukuh.

Juga memberi petunjuk untuk harga menyambung trend bearish sejak beberapa minggu sebelum ini, harga telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu), harga meneruskan lagi penurunan lebih rendah selepas melepasi zon sokongan 0.71000, dan di sesi Eropah, terlihat kenaikan harga semula selepas harga menyentuh ‘lantai’ terbaru sekitar 0.70650.

Berkemungkinan harga akan menguji zon 0.71000 sebelum untuk membentuk zon SBR (support become resistance) terbaru.

Dan jika harga menyambung semula penurunan, paras tumpuan harga dilihat berada pada paras sokongan sekitar 0.70000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru harga bagi tempoh dagangan 7 minggu.

Sebaliknya jika kenaikan harga berjaya lepasi halangan pada zon 0.71000, kenaikan yang diteruskan bakal berdepan pula halangan pada zon SBR 0.71800 yang diuji semalam.

Untuk kenaikan lebih tinggi, zon-zon harga yang bakal diberi perhatian adalah sekitar 0.72300 serta 0.72800 sebelum harga menguji zon ketinggian 0.731000 yang dicapai 2 minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat