Zoom Optimis Menentang Microsoft & Google

370

Syarikat komunikasi video, Zoom menjangkakan penjualan aplikasi berkenaan akan meningkat lebih 40% pada tahun ini atau mencecah lebih daripada AS$3.7 bilion.

Unjuran itu mencetuskan lonjakan saham syarikat terbabit sebanyak lebih 6% pada sesi ‘after-hours trading’ di pasaran Wall Street.

Para pelabur bagaimanapun sedang melihat bagaimana firma terbabit akan terus kukuh memandangkan lebih ramai orang telah menerima vaksin dan sekatan penjarakan sosial ditarik balik.

Menurut kenyataan daripada Zoom, syarikat itu tidak menjangkakan pertumbuhan yang dinikmati seperti tahun lalu tetapi menegaskan ketika ini prestasinya masih kukuh.

Nilai jualan syarikat itu pada tiga bulan terakhir tahun lalu meningkat sebanyak 370% berbanding tempoh yang sama pada 2019 iaitu mencecah AS$882.5 juta.

Pendapatan Zoom melonjak daripada hanya AS$21.7 juta pada 2019 kepada AS$671.5 juta tahun lalu.

“Suku keempat tahun lalu menandakan penamat yang kuat untuk tahun yang luar biasa bagi Zoom,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zoom, Eric Yuan.

Dalam pada itu, penganalisis di Hargreaves Lansdown, Susannah Streeter berkata, nasib Zoom bergantung kepada sejauh mana syarikat itu boleh bersaing dengan firma-firma seperti Microsoft dan Google yang turut memperkenalkan aplikasi serupa.

“Walaupun Zoom mendahului pesaing lain ketika tempoh beberapa bulan pertama krisis Covid-19, firma itu kini berdepan persaingan kuat daripada Microsoft dan Google yang telah menambah baik perkhidmatan mereka,” katanya menerusi nota penyelidikan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat