Sekumpulan institusi kewangan Amerika Syarikat bersetuju untuk mendepositkan $30 bilion ke dalam First Republic Bank pada hari Khamis.
Bank of America, Wells Fargo, Citigroup dan JPMorgan Chase dilaporkan akan menyumbang kira-kira $5 bilion setiap bank, manakala Goldman Sachs dan Morgan Stanley pula akan mendepositkan sekitar $2,5 bilion.
Sementara itu, Truist, PNC, US Bancorp, State Street dan Bank of New York Mellon masing-masing menyumbang sekitar $1 bilion.
Dalam satu kenyataan, bank-bank itu berkata tindakan tersebut mencerminkan keyakinan mereka terhadap First Republic dan bank-bank dari semua saiz.
Tambahnya lagi, bank serantau, sederhana dan kecil adalah penting untuk kesihatan dan fungsi sistem kewangan di Amerika Syarikat.
Saham bank serantau pada mulanya jatuh pada dagangan hari Khamis, sebelum melantun semula lebih tinggi susulan laporna ini.
Saham First Republic telah terjejas teruk pada minggu ini disebabkan kejatuhan Silicon Valley Bank (SVN) dan Signature Bank.
Kedua-dua bank tersebut mempunyai jumlah deposit yang tidak diinsuranskan yang tinggi, sama seperti First Republic, yang membawa kepada kebimbangan pelanggan untuk segera mengeluarkan wang mereka dari bank itu.