Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
ISNIN (16 Disember 2024)
PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (5.00 Petang) – Pasaran akan meneliti ukuran bacaan bagi sektor penting di Eropah bagi Disember selepas bacaan bulan lepas menunjukkan penurunan di bawah angka 50 mata semula untuk perkhidmatan.
PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (5.30 Petang) – Jangkaan tiada perubahan ketara pada bacaan sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK untuk Disember setelah pelabur melihat sedikit penguncupan pada November.
PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (10.45 Malam) – Sektor penting di Amerika diramalkan kekal stabil dengan bacaan bagi sektor perkhidmatan kukuh di atas paras 50 mata walaupun dikemas kini sedikit menurun untuk bacaan November lalu.
SELASA (17 Disember 2024)
Data Pekerjaan UK (3.00 Petang) – Menjelang mesyuarat polisi minggu ini, bank pusat England akan turut memerhatikan laporan terbaru bagi menilai kesihatan sektor buruh semasa.
Data Inflasi Kanada (9.30 Malam) – Bacaan inflasi bulanan Kanada untuk November diramalkan jatuh 0.1%, mengekalkan bank pusat Kanada untuk berada dalam fasa pelonggaran ketika pemotongan kadar faedah masih agresif dilaksanakan.
Data Jualan Runcit AS (9.30 Malam) – Bacaan data terbaru akan menilai kadar perbelanjaan pengguna di Amerika dengan angka diramalkan positif meningkat untuk bulan November.
RABU (18 Disember 2024)
Data Inflasi UK (3.00 Petang) – Setelah inflasi UK pada November mencecah paras 1.7%, trend inflasi mula meningkat semula dan ramalan untuk bacaan November adalah meningkat ke paras 2.6% dari paras 2.3% sebelum ini.
KHAMIS (19 Disember 2024)
Mesyuarat FOMC (3.00 Pagi) – Bakal menjadi tumpuan utama pada minggu ini, pelabur menantikan keputusan mesyuarat terakhir 2024 bagi Federal Reserve menetapkan kadar faedah terbaru. Jangkaan adalah penurunan sebanyak 25 mata asas kepada 4.50%.
Mesyuarat Polisi BOJ (Sesi Asia) – Kadar faedah di Jepun dijangka kekal di paras 0.25%. Namun pasaran ingin melihat sekiranya berlaku perubahan setelah desas-desus bahawa bank pusat Jepun ingin bertindak menaikkan lagi kadar faedahnya.
Mesyuarat Polisi BOE (8.00 Malam) – Bank of England dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 4.75%. Undian ahli MPC akan dinilai dan kenyataan susulan bank pusat akan diperhatikan bagi isyarat dasar monetari selanjutnya.
Data KDNK AS (9.30 Malam) – Bacaan terakhir bagi pertumbuhan ekonomi Amerika suku ketiga akan diperhatikan dengan angka ramalan kekal tidak berubah pada 2.8% seperti bacaan sebelumnya.
JUMAAT (20 Disember 2024)
Data Jualan Runcit UK (3.00 Petang) – Setelah bacaan yang merosot pada bulan sebelumnya, kadar jualan di UK dijangka kembali positif meningkat kepada 0.5% bagi bulan November.
Data Jualan Runcit Kanada (9.30 Malam) – Tiada perubahan dijangkakan untuk bacaan data terbaru jualan runcit di Kanada bagi bulan Oktober seperti sebelumnya.
Data Indeks Harga PCE AS (9.30 Malam) – Sebagai salah satu indikator penting buat Federal Reserve, bacaan komponen inflasi yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika ini boleh memberi impak ketara terhadap pergerakan US dolar di penutup minggu.