“Alaaa asyik correction je, bila nak tembus ATH lagi?”
Currency king price crypto Bitcoin (BTC) yang merudum di bawah $57,000 akhirnya berjaya memulih semula sehingga $64,528 setelah whales didapati mengumpul 47,000 BTC bernilai lebih $2.8 bilion dalam masa 24 jam sahaja.
Peningkatan pegangan oleh whales telah menunjukkan keyakinan yang semakin meningkat dalam trajektori masa depan kripto di kalangan para pelabur institusi atau entiti bernilai tinggi yang kian menggunung.
Memang tidak dinafikan keuntungan whales melonjak secara ketara, tetapi mereka masih belum mengeluarkan wangnya dan ini telah menjadi punca harga BTC mula berterusan naik dalam masa beberapa hari ini.
Menerusi pemerhatian, whales dikenali sebagai “Mr. 100” membeli lebih 4,100 BTC bernilai lebih $242 juta semasa harganya berada pada $58,000 pada 2 Mei 2024 yang menandakan pembelian BTC pertama oleh wallet itu sejak 19 April 2024.
Suka dimaklumkan juga rangkaian BTC telah mencapai transaksi 1 bilion yang mined ke blok 842,241 pada 5 Mei semalam, ulas dashboard Clark Moody’s Bitcoin sambil menambah peristiwa itu merupakan detik yang sangat penting di dalam pasaran kripto.
Common knowledge urus niaga harian BTC telah meningkat semasa acara halving keempatnya pada 20 April 2024 kemudian mencapai rekod tertinggi 926,000 transaksi diproses pada 23 April dan kebanyakan permintaan itu datang disebabkan pelancaran protokol Runes.
Namun, seorang penganalisis kripto terkemuka Michaël van de Poppe yang sungguh percaya BTC telah stabil tetap menjangkakan harganya akan melakukan correction kecil di mana ia boleh turun antara $61,000 dan $60,000.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.75% pada paras $64,322 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 1.90% sepanjang minggu lepas.