Pemulihan semula pada prestasi mata wang US pada minggu lepas dilihat telah menghadkan corak penurunan yang dipaparkan pada carta pasangan USD/CAD sebelum ini.
Minggu lalu, pergerakan harga lebih mendatar dan mula menghampiri zon 1.35000 yang menjadi rintangan pada dagangan penghujung minggu.
Namun, lonjakan telah dipaparkan pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) menyusuli pergerakan mendatar sepanjang pembukaan awal minggu semalam.
Sekiranya US dolar berjaya bergerak memulih menyambung dagangan awal September ini, harga lebih cenderung untuk catatkan kenaikan lebih tinggi.
Tambahan pula, jangkaan untuk pemotongan kadar faedah untuk kali ketiga berturut-turut oleh Bank of Canada (BOC) pada mesyuarat Rabu ini, mencetuskan tekanan terhadap pergerakan Loonie.
Pelabur telah mengenalpasti isyarat pergerakan bullish sejak minggu lalu lagi apabila harga mula bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut.
Selepas melepasi rintangan 1.35000, harga berada pada sekitar 1.35300 pada pembukaan sesi Eropah petang ini.
Kenaikan harga lebih tinggi dijangka akan diteruskan menuju sasaran zon berikutnya pada 1.36000 pula.
Namun, data-data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan pada minggu ini turut boleh pengaruhi kejatuhan semula US dolar.
Jika berlaku, harga boleh menjunam jatuh semula di bawah paras 1.35000 dan kembali memberi isyarat untuk pergerakan bearish.
Sekiranya corak penurunan sepanjang Ogos lalu kembali diteruskan, harga boleh disasarkan untuk mencecah ke paras terendah terbaru sekitar 1.34000.
See the picture of the price chart of the USD/CAD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW