“Harga naik agak tinggi tu, siapa kat sini yang ada beli TON mesti dah untung kan.”
Mata wang kripto Toncoin (TON) diasaskan oleh The Open Network akhirnya berjaya mempamerkan prestasi luar biasa apabila harganya menembusi $4.58 sehingga menyebabkan para pelabur semakin meminatinya.
Memang tidak dinafikan TON yang sudah pun jadi trend selama beberapa hari telah mendapat perhatian ramai, tetapi terdapat beberapa faktor lain yang mendorong harganya menggunung tinggi dan mampu terus berbuat demikian hingga ia capai all-time high (ATH). Berikut adalah senarainya:
IPO Telegram
- Memandangkan TON dilancarkan oleh Telegram, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Pavel Durov rancang melakukan tawaran awam permulaan (IPO).
- Firmanya tolak tawaran pelaburan lebih $30 bilion susulan Durov lebih berminat meneruskan IPO untuk memastikan Telegram tidak dibebani oleh venture capital (VC).
Sokongan Whales & Komuniti
- Whale yang kumpul lebih 209,000 TON bernilai $858,000 telah memainkan peranan penting dalam melihat aliran menaik susulan masyarakat mengikuti tindakan pembelian yang sama.
- Ramai orang membeli lebih banyak selepas menyaksikan kenaikan nilai sesuatu kripto itu yang seterusnya membawa pada pendakian harga.
Pelancaran Platform Iklan
- Melancarkan iklan Telegram pada rangkaian TON, pemilik salurannya di 100 negara telah mula menerima ganjaran kewangan untuk memaparkan iklan dalam salurannya sejak awal Mac 2024.
- Pemilik akan memperoleh keuntungan 50% daripada semua jumlah hasil pengiklanan.
- Semasa buat urus niaga, platform Telegram telah mengutamakan rangkaian TON untuk pembayaran.
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga faktor disebutkan di atas adalah sangat penting untuk diteliti komuniti TON susulan ia bukan sahaja mampu beri kesan postif pada TON malah harganya boleh cecah ATH menjelang akhir Mac 2024.
Sehingga berita ini ditulis, harga TON yang didagangkan pada paras $4.09 telah merudum sedikit 6.53% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $14 bilion tetapi tetap raih 50.34% sepanjang minggu lepas.