Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
RABU (23 Oktober 2024)
Mesyuarat Polisi BOC (9.45 Malam) – Setelah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas untuk 3 kali mesyuarat berturut-turut sebelum ini, bank pusat Kanada dijangka akan melaksanakan pemotongan lebih besar pada mesyuarat terbaru ini sebanyak 50 mata asas ke paras 3.75%. Ini menyusuli penurunan pada bacaan data inflasi Kanada terbaru minggu lepas.
KHAMIS (24 Oktober 2024)
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (4.00 Petang) – Menuju minggu-minggu akhir di penghujung bulan, bacaan pada sektor penting akan diperhatikan untuk menilai prestasi semasa aktiviti ekonomi. Bacaan di Perancis dan Jerman menjadi tumpuan untuk Eropah.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (4.30 Petang) – Pasaran tidak menjangkakan perubahan besar pada angka bagi bulan Oktober ini berbanding sebelumnya. Kedua-dua sektor diramal catat angka yang baik, kekal di atas paras 50 mata.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (9.45 Malam) – Bacaan data terbaru bagi Amerika Syarikat dijangka kembali stabil untuk Oktober selepas bulan lalu menunjukkan angka yang kurang memberangsangkan. Data akan mempengaruhi pergerakan US dolar di penghujung minggu.
JUMAAT (25 Oktober 2024)
Data Jualan Runcit Kanada (8.30 Malam) – Selepas kesan dari reaksi keputusan mesyuarat BOC, dolar Kanada akan dipacu oleh data ini sebelum tirai dagangan minggu ini berlabuh. Unjuran bagi angka yang lemah untuk Ogos boleh menambahkan tekanan buat mata wang Loonie.
Sentimen Pengguna Tinjauan Universiti Michigan (10.00 Malam) – US dolar di sesi terakhir minggu ini turut akan dipengaruhi oleh data tinjauan pengguna AS yang dikemaskini dari bacaan awal yang telah diterbitkan. Angka yang meningkat boleh memberi gambaran positif bagi perbelanjaan dan aktiviti ekonomi.