Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
RABU (22 Julai 2024)
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Jerman (3.30 Petang) – Sektor-sektor penting di Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah akan diperhatikan untuk menilai kesihatan semasa menerusi data yang diterbitkan di penghujung bulan. Bacaan terbaru untuk Julai dijangka tidak banyak perubahan setelah alami penurunan pada bacaan sebelum ini.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (4.30 Petang) – Kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK diramalkan catat bacaan lebih baik berbanding bulan sebelumnya.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (9.45 Malam) – Kedua-dua sektor penting di Amerika ini dijangka akan kekal positif berada di atas bacaan paras 50 mata untuk bulan Julai.
Mesyuarat Polisi BOC (9.45 Malam) – Bank pusat Kanada sebelum ini menjadi antara yang pertama memulakan langkah pelonggaran dasar monetari. Untuk mesyuarat terbaru minggu ini, kadar faedah dijangka diturunkan sebanyak 25 mata asas kepada 4.50% menyusuli bacaan angka yang menurun pada data jualan runcit dan inflasi Kanada minggu lepas.
KHAMIS (22 Julai 2024)
Data KDNK AS (8.30 Malam) – Laporan data pertumbuhan ekonomi Amerika untuk suku kedua akan mula diterbitkan. Minggu ini, bacaan pertama akan menjadi tumpuan dengan ramalan peningkatan angka kepada 1.9% lebih tinggi berbanding pertumbuhan 1.4% pada suku pertama lalu.
JUMAAT (26 Julai 2024)
Indeks Harga PCE AS (8.30 Malam) – Menjadi salah satu indikator penting buat Federal Reserve, data komponen inflasi ini akan dinilai. Bacaan teras indeks perbelanjaan peribadi pengguna untuk Jun dijangka sedikit meningkat.