Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
SELASA (26 Mac 2024):
US Consumer Confidence Data (10.00 PM) – Data tinjauan isi rumah di Amerika ini akan menilai tahap keyakinan kewangan yang boleh menjadi indikator terhadap perbelanjaan dan keseluruhan aktiviti ekonomi. Bacaan terbaru untuk bulan Mac ini diramalkan tidak menunjukkan perubahan besar pada angka bulan sebelumnya.
RABU (27 Mac 2024):
Data Inflasi Australia (8.30 Malam) – Akan menjadi ‘kompas’ dalam hala tuju penepatan dasar oleh bank pusat Australia, bacaan data indeks harga pengguna yang terbaru ini akan diperhatikan. Pasaran bakal menjangkakan berlaku peningkatan pada kadar inflasi Februari.
KHAMIS (28 Mac 2024):
Canadian GDP data (8.30 PM) – Pertumbuhan bulanan ekonomi Kanada dijangka meningkat positif untuk Januari yang menunjukkan dasar monetari yang diterapkan adalah bersesuaian. Situasi ini boleh memberi kesan peningkatan terhadap nilai mata wang Loonie.
US GDP data (8.30 PM) – Bacaan terakhir untuk pertumbuhan ekonomi Amerika untuk suku terakhir 2023 lalu diramalkan kekal tidak berubah di paras 3.2% seperti bacaan sebelum ini. Sebarang perubahan angka boleh beri kesan ketara terhadap pergerakan US dolar.
Data Jualan Rumah AS (10.00 Malam) – Sektor perumahan di Amerika perlu diperhatikan pelabur yang boleh menyumbang kesan yang besar terhadap perkembangan kesihatan ekonomi semasa.
JUMAAT (29 Mac 2024):
Data Indeks PCE AS (8.30 Malam) – Menjadi salah satu komponen inflasi yang diberikan tumpuan oleh Federal Reserve (Fed), data yang memfokuskan perbelanjaan peribadi pengguna ini akan menilai inflasi semasa yang boleh mempengaruhi keputusan perubahan kadar faedah di masa hadapan. US dolar akan menerima impak pada dagangan penutup minggu ini.