Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
ISNIN (30 September 2024)
PMI Pembuatan & Perkhidmatan China (9.30 Pagi) – Sektor utama bagi ekonomi kedua terbesar di dunia ini bakal memberi kesan terhadap sentimen pasaran global sama ada semakin pulih atau membuatkan pelabur berwaspada.
SELASA (1 Oktober 2024)
Data Inflasi Eropah (5.00 Petang) – Bacaan awal inflasi di Eropah untuk September diramalkan catatkan sedikit penurunan. Perbezaan angka yang lebih ketara akan menambahkan tekanan ke atas bank pusat untuk pelonggaran dasar monetari.
PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (10.00 Malam) – Setelah bacaan kurang baik sebelum ini, tinjauan terhadap sektor pembuatan di Amerika dijangka kekal suram dengan ramalan angka yang tidak jauh berubah untuk September.
Data Pekerjaan JOLTS (10.00 Malam) – Jumlah tawaran pekerjaan yang dibuka pada Ogos lalu di Amerika diramalkan masih perlahan setelah penurunan angka yang dicatatkan merosot sebelum ini.
RABU (2 Oktober 2024)
Data Pekerjaan ADP (8.15 Malam) – Bakal menjadi petunjuk awal terhadap laporan pekerjaan, pertambahan pekerjaan sektor swasta Amerika pada September dijangka meningkat kepada 124,000 selepas bacaan bulan sebelum ini rendah di bawah paras 100,000.
KHAMIS (3 Oktober 2024)
PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (10.00 Malam) – Sebagai negara bersandarkan aktiviti perkhidmatan, data ini mencerminkan kesihatan semasa Amerika sebagai ekonomi terbesar dunia. Tinjauan terbaru diramal masih stabil di atas paras 50 mata.
JUMAAT (4 Oktober 2024)
Data Pekerjaan NFP (8.30 Malam) – Tumpuan utama pada minggu ini akan terarah kepada laporan pekerjaan Amerika yang turut menjadi panduan bagi Federal Reserve dalam menilai keputusan terhadap dasar monetari selanjutnya. Berbanding laporan bulan sebelumnya, angka-angka terbaru dijangka tidak jauh berubah untuk September.