Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
ISNIN (1 Julai 2024)
US Manufacturing PMI Data ISM Survey (10.00 PM) – Selepas tinjauan pada sektor pembuatan pada Mei menunjukkan penguncupan, dijangka bakal ada peningkatan semula pada angka tinjauan terbaru bagi Jun. Namun, bacaan terbaru dijangka masih berada di bawah paras 50.0 mata.
SELASA (2 Julai 2024)
Data Inflasi Eropah (5.00 Petang) – Bacaan awal bagi inflasi di Eropah akan diperhatikan yang boleh memberi kesan terhadap pergerakan mata wang Euro. Data ini juga menjadi indikator penting kepada bank pusat Eropah dalam penetapan dasar monetari mereka.
JOLTS Employment Data (10.00 PM) – Jumlah tawaran pekerjaan yang dibuka di Amerika pada Mei lalu dijangka berkurangan ke paras terendah sejak 2021. Sebarang isyarat yang menunjukkan risiko terhadap sektor buruh bakal cetuskan kebimbangan terhadap Federal Reserve.
RABU (3 Julai 2024)
ADP Employment Data (8.15 PM) – Laporan pertambahan pekerjaan dalam sektor swasta di Amerika akan berikan petunjuk awal terhadap laporan NFP di penghujung minggu. Ramalan angka terbaru tidak banyak perbezaan dari bulan sebelumnya, namun sedikit meningkat.
Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (10.00 Malam) – Sektor perkhidmatan AS dijangka akan terus alami pengembangan yang positif dengan angka jangkaan bagi tinjauan terbaru juga meningkat bagi bulan Jun.
KHAMIS (4 Julai 2024)
Minit Mesyuarat FOMC (2.00 Pagi) – Pelabur akan meneliti butiran lanjut pada minit yang diterbitkan selepas mesyuarat FOMC pada bulan lalu dilihat masih mengekalkan nada yang hawkish. Tiada petanda kukuh untuk langkah pemotongan kadar faedah untuk dilaksanakan dengan dasar sedia ada dijangka akan dikekalkan untuk keputusan mesyuarat seterusnya.
JUMAAT (5 Julai 2024)
Data Pekerjaan Kanada (8.30 Malam) – Pertambahan pekerjaan di Kanada agak perlahan pada bulan sebelum ini selain berlaku peningkatan pada kadar pengangguran. Untuk laporan Jun, dijangka pertambahan pekerjaan yang masih rendah sementara kadar pengangguran diramalkan akan meningkat lagi.
Data Pekerjaan NFP AS (8.30 Malam) – Bakal menggegarkan penutup dagangan minggu ini, laporan NFP untuk Jun akan menjadi tumpuan penting. Ramalan untuk angka bacaan terbaru adalah suram, dan isyarat kemerosotan bagi sektor buruh AS akan mendesak Federal Reserve untuk beralih kepada pelonggaran dasar. Jika bacaan baik, US dolar akan miliki kelebihan untuk melanjutkan pengukuhan nilainya.