Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
SELASA (19 November 2024)
Data Inflasi Kanada (9.30 Malam) – Jangkaan terhadap peningkatan kadar inflasi di Kanada bagi bulan Oktober berpotensi mengubah hala tuju dasar monetari bank pusat Kanada yang sedang giat melaksanakan pelonggaran dasarnya. Ramalan bacaan inflasi bulanan pada Oktober adalah meningkat kepada 0.3%.
RABU (20 November 2024)
Data Inflasi UK (3.00 Petang) – Setelah melaksanakan pemotongan kadar faedah untuk kali kedua tahun ini pada mesyuarat yang terbaru, Bank of England telah memberi isyarat berhati-hati untuk langkah seterusnya. Ini menyusuli ramalan inflasi yang dijangkakan meningkat semula di atas paras 2.0% untuk Oktober setelah penurunan sebelum ini yang telah mencecah 1.7%.
KHAMIS (21 November 2024)
Data Tuntutan Faedah Pengangguran AS (9.30 Malam) – Angka tuntutan pada minggu sebelumnya adalah baik apabila catatkan bacaan lebih rendah berbanding ramalan. Untuk bacaan terbaru bagi minggu lalu, tuntutan faedah dijangka sedikit meningkat semula.
JUMAAT (22 November 2024)
Data Jualan Runcit UK (3.00 Petang) – Ramalan bagi kadar jualan di UK pada Oktober adalah lemah. Bacaan negatif boleh memberi tekanan terhadap dagangan mata wang Pound di penghujung minggu.
PMI Pembuatan & Perkhidmatan Jerman (4.30 Petang) – Bacaan data bagi sektor penting akan memberi petunjuk kesihatan semasa ekonomi di Eropah, khususnya Jerman. Namun angka pada November ini dijangka tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding bulan lalu.
PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (5.30 Petang) – Kedua-dua sektor penting di UK ini dijangka stabil dengan ramalan angka bacaan di atas paras 50.0 mata yang menunjukkan pengembangan positif.
Data Jualan Runcit Kanada (9.30 Malam) – Laporan yang dikeluarkan untuk menilai kadar jualan di Kanada untuk bulan September yang lalu diramalkan hadir dengan angka yang suram bersama-sama dengan bacaan teras.
PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (10.45 Malam) – Menutup dagangan pada sesi terakhir minggu ini, sektor-sektor penting di Amerika ini akan diperhatikan pelabur. Untuk bacaan sebelum ini, perkhidmatan kekal baik namun bacaan bagi data pembuatan masih lagi kekal di bawah paras 50 mata.