Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
SELASA (10 Disember 2024)
Mesyuarat Polisi RBA (11.30 Pagi) – Bank pusat Australia dijangka masih akan mengekalkan kadar faedah di paras 4.35%. Pasaran akan meneliti ucapan susulan oleh gabenor untuk ulasan berkenaan ekonomi semasa dan petunjuk bagi hala tuju dasar monetari seterusnya.
RABU (11 Disember 2024)
Data Inflasi Pengguna AS (9.30 Malam) – Selepas NFP minggu lalu diperhatikan, petunjuk penting seterusnya bagi Federal Reserve adalah kepada bacaan inflasi terbaru Amerika. Indeks harga pengguna untuk November yang diramalkan meningkat akan menghadkan lagi jangkaan pemotongan kadar faedah pada mesyuarat Disember.
Mesyuarat Polisi BOC (10.45 Malam) – Menjadi antara bank pusat terawal memulakan pelonggaran dasar, Bank of Canada dijangka akan masih agresif menurunkan kadar faedahnya. Seperti Oktober lalu, mesyuarat November juga dijangka pemotongan 50 mata asas akan dilaksanakan.
KHAMIS (12 Disember 2024)
Data Pekerjaan Australia (8.30 Pagi) – Laporan terbaru untuk bulan November akan memberi gambaran terhadap kesihatan sektor buruh di Australia. Angka pertambahan pekerjaan dijangka kembali pulih dari kemerosotan bulan sebelumnya, namun kadar pengangguran diramal meningkat.
Mesyuarat Polisi SNB (4.30 Petang) – Swiss National Bank dijangka akan menurunkan kadar faedah untuk mesyuarat terakhir 2024, dengan pemotongan 25 mata asas kadar faedah kali ke-4 berturut-turut pada tahun ini.
Mesyuarat Polisi ECB (9.15 Malam) – Setelah menurunkan kadar faedah ke paras 3.40% pada mesyuarat Oktober lalu, European Central Bank dijangka akan meneruskan lagi pemotongan sebanyak 25 mata asas untuk Disember ini.
Data Inflasi Pengeluar AS (9.30 Malam) – Selain inflasi pengguna, pasaran juga akan memantau perubahan harga barangan dan perkhidmatan di peringkat pengeluar di Amerika. Peningkatan angka akan menyukarkan bank pusat untuk meneruskan pelonggaran dasar.
JUMAAT (13 Disember 2024)
Data KDNK UK (3.00 petang) – Pertumbuhan bulanan ekonomi UK pada Oktober diramalkan pulih dengan angka lebih baik berbanding bacaan pada bulan sebelumnya yang menguncup.