Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
ISNIN (15 Julai 2024)
Indeks Pembuatan New York (8.30 Malam) – Tinjauan sektor perkilangan di New York menjadi tumpuan di awal minggu yang bakal pengaruhi pergerakan US dolar. Data ini juga memberi petunjuk terhadap kesihatan ekonomi semasa, aktiviti perbelanjaan dan pelaburan.
SELASA (16 Julai 2024)
Data Inflasi Kanada (8.30 Malam) – Indeks harga pengguna Kanada yang akan diterbitkan boleh membantu bank pusat Kanada untuk menilai petunjuk inflasi dan menetapkan dasar monetari mereka. Jangkaan peningkatan inflasi bulanan Kanada untuk Jun dijangka lebih perlahan.
Data Jualan Runcit AS (8.30 Malam) – Kadar jualan di Amerika yang dijangka menguncup pada Jun boleh menambahkan lagi tekanan terhadap US dolar selepas petunjuk data-data penting minggu lalu yang hadir dengan bacaan kurang memberangsangkan.
RABU (17 Julai 2024)
Data Inflasi UK (2.00 Petang) – Menjadi kompas kepada bank pusat England, angka inflasi terbaru UK akan diperhatikan. Ramalan untuk penurunan inflasi Jun akan menjangkakan dasar monetari cenderung berada pada landasan untuk pelonggaran.
KHAMIS (18 Julai 2024)
Data Pekerjaan Australia (9.30 Pagi) – Pertambahan pekerjaan di Australia pada Jun dijangka lebih rendah berbanding bulan sebelumnya manakala kadar pengangguran pula diramalkan meningkat. Ini menunjukkan ramalan yang kurang baik buat Australia dan boleh memberi tekanan terhadap mata wang dolar Aussie.
Data Pekerjaan UK (2.00 Petang) – Indeks purata upah 3 bulan di UK dijangka menurun sementara bilangan tuntutan faedah pengangguran untuk bulan Jun kembali menurun selepas lonjakan besar pada bulan sebelumnya.
Mesyuarat Polisi ECB (8.15 Malam) – Bank pusat Eropah dijangka untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.25% pada mesyuarat terbaru minggu ini. Ucapan susulan oleh Presiden akan diperhatikan untuk penilaian terhadap tahap ekonomi semasa dan petunjuk dasar monetari selanjutnya.
JUMAAT (19 Julai)
Data Jualan Runcit UK (2.00 Petang) – Bakal memberi tekanan terhadap dagangan Pound di penghujung minggu, kadar jualan bulanan di UK pada Jun berkemungkinan menguncup selepas catat bacaan positif bulan sebelumnya.
Data Jualan Runcit Kanada (8.30 Malam) – Kanada juga diramal hadirkan bacaan yang buruk untuk kadar jualan untuk bulan Mei. Indikasi terhadap aktiviti ekonomi yang merosot bakal mendesak bank pusat untuk melonggarkan polisi monetari dan akan beri kesan kejatuhan nilai mata wangnya.