Virus E. coli yang dikaitkan dengan burger Quarter Pounder McDonald’s telah menyebabkan satu kematian dan puluhan orang jatuh sakit di Amerika Syarikat, terutamanya di wilayah Colorado.
Varian strain *E. coli* O157:H7, dijangka punca terhadap jangkitan tersebut yang terkenal dengan tahap kesakitan yang parah.
Kejadian tersebut telah menjejaskan kesihatan 49 individu, dengan 10 daripadanya dimasukkan ke hospital.
Reputasi dan harga saham McDonald’s, juga terkesan dilihat turun sebanyak 6%.
Punca pencemaran masih dalam siasatan, dengan bawang yang dihiris dan daging lembu segar menjadi tumpuan penyiasatan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, McDonald’s telah mengeluarkan bahan-bahan tersebut dari kedai-kedai yang terjejas dan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.
Wabak ini mungkin memberi kesan jangka panjang terhadap keyakinan pengguna dan jualan, sama seperti kejadian wabak E. coli yang pernah menjejaskan rangkaian Chipotle pada tahun 2015.
McDonald’s telah bertindak dengan segera, dengan menghentikan penjualan Quarter Pounder untuk menyiasat punca masalah sebenar.