Tumpuan ketika dagangan penghujung minggu lepas, US dolar dilihat berjaya paparkan corak pengukuhannya semula untuk memulih kembali dari penyusutan pada beberapa sesi sebelumnya itu.
Data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) seperti pesanan barangan tahan lama serta tinjauan pengguna turut berikan sokongan kepada US dolar dengan bacaan angka yang baik.
Arah pergerakan US dolar pada minggu ini akan ditentukan oleh beberapa data-data penting yang turut menjadi tumpuan bank pusat termasuk data-data pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi AS.
Data-data yang kekal kukuh akan menyokong pengukuhan berterusan US dolar di samping menunjukkan isyarat untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pelonggaran dasar yang lebih bersederhana.
Jika diperhatikan pada pergerakan carta pasangan mata wang EUR/USD, harga sempat meningkat menghampiri ke paras 1.08400 sebelum berundur turun semula di penghujung sesi terakhir minggu lalu ke sekitar 1.08000.
Harga berlegar perlahan di bawah zon 1.08000 pada pembukaan sesi Asia di awal minggu ini selain memberi isyarat untuk pergerakan trend bearish apabila kembali berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Walaupun dijangka pergerakan harga perlahan di awal minggu, namun kecenderungan adalah untuk harga susut lebih rendah ke bawah.
Harga berkemungkinan boleh membuat penurunan melepasi paras terendah minggu lalu di sekitar 1.07600 sebelum menuju sasaran seterusnya pada 1.07000.
Pengukuhan US dolar untuk minggu kelima berturut-turut akan terus mendorong harga catatkan paras terendah terbaru lagi.
Namun jika situasi berubah sebaliknya, harga yang membuat lonjakan di atas 1.08000 berpotensi untuk atasi paras ketinggian pada Jumaat lalu.
Seterusnya, kenaikan akan dilanjutkan menghampiri zon tumpuan terdahulu pada 1.09000 dan reaksi harga akan diperhatikan bagi petunjuk arah selanjutnya.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES