Robert Mitchnick, Ketua Aset Digital BlackRock semasa berucap di Persidangan Bitcoin 2024 berpandangan peluang dana dagangan bursa (ETF) bagi menjejaki mata wang kripto lain seperti Solana (SOL) dan Ripple (XRP) adalah sangat rendah.
Meskipun begitu, Mitchnick menjelaskan lebih banyak firma kewangan akan mendapat peluang bagi bersaing dalam dunia kripto susulan pesaingnya seperti VanEck telah pun membuat langkah pertama ke arah ETF SOL.
Biarpun spot ETH ETF telah mengalami permulaan membosankan selepas pelancaran, produk itu berjaya merekodkan aliran keluar dua hari berturut-turut ditambah pula BlackRock berusaha memastikan aliran masuk datang.
Memang tidak dinafikan peraturan kripto daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) masih kurang jelas, tetapi pengawal selia masih berusaha sedaya upaya melaksanakan garis panduan yang dapat membantu pelabur, ulas Mitchnick lagi.
Namun, Presiden Store ETH Nate Geraci menyatakan beliau sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan Mitchnick ekoran ETP untuk altcoin seperti SOL, XRP dan Cardano (ADA) di Eropah sudah ada di pasaran.
Mengulas mengenai bahagian pengawalseliaan, Geraci menyatakan bahawa pengenalan produk serupa di Amerika Syarikat (AS) sudah tentu memerlukan perubahan kawal selia, bagaimanapun beliau terus optimistik di bahagian itu.
Pada sisi berbeza, terdapat spekulasi mengatakan bekas Presiden AS Donald Trump mungkin mempertimbangkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BlackRock Larry Fink bagi menjawat jawatan Setiausaha Perbendaharaan.