Corak penurunan harga diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam menyusuli pergerakan yang telah dipaparkan pada Isnin lalu.
Pengukuhan US dolar selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan semalam telah menekan harga semakin rendah di sesi New York.
Namun sebelum itu, Pound telah alami penyusutan lebih awal pada sesi sebelumnya ketika laporan data pekerjaan UK diterbitkan.
Bacaan terbaru agak suram dengan penurunan pada kadar purata gaji selain peningkatan pada kadar pengangguran di UK.
Dapat diperhatikan pada carta GBP/USD, harga yang telah susut ke zon 1.28000 menyambung penurunan lebih rendah di sesi New York semalam mencecah sekitar 1.27500.
Pergerakan harga pada Isnin lalu telah memberi isyarat awal untuk trend bearish selepas harga mula berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Harga dilihat melantun semula pada penutupan sesi New York semalam ke paras sekitar 1.27900 dan kekal perlahan di sekitar itu menyambung dagangan sesi Asia pagi ini.
Dijangka penurunan lebih rendah harga akan berlaku melepasi paras yang dicecah semalam sebelum harga menuju zon RBS (resistance become support) 1.08000.
Namun, situasi boleh berubah dengan reaksi harga pada hari ini akan dipengaruhi oleh data pertumbuhan ekonomi UK yang akan diterbitkan di sesi Eropah.
Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi zon 1.28000 dan juga halangan MA50, ini akan menunjukkan potensi kenaikan lebih tinggi.
Kenaikan seterusnya jika diteruskan akan kekal mensasarkan ketinggian pada rintangan 1.29000 untuk dicapai selepas kenaikan minggu lalu hampir menyentuhnya.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW