“Hmm boleh percaya ke amaran diberikan oleh CEO JPMorgan ni?”
Jamie Dimon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) gergasi kewangan multinasional Amerika Syarikat (AS) JPMorgan Chase dan pengkritik terkenal Bitcoin (BTC) telah memberi amaran terhadap azab yang bakal berlaku pada ekonomi AS.
Hal ini kerana ekonomi AS mungkin tidak dapat bertahan daripada masalah hutang yang sedang berlaku di negaranya, di mana hutang negara AS melepasi paras tertinggi sepanjang masa sangat dahsyat melebihi $34.1 trilion.
Baru-baru ini, Dimon turut imbas kembali apa yang berubah dalam ekonomi sejak tahun 1982 apabila ekonomi AS mempunyai kadar utama 21.5% dan inflasi 12% manakala kadar pengangguran pegged 10% serta Hutang Negara 35% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kini, nisbah Hutang pada KDNK melebihi 100% dengan unjuran cecah 130% menjelang tahun 2035, ulas Dimon sambil menambah bahawa orang asing pada masa ini memiliki $7 trilion hutang kerajaan AS dan ini membawa makna akan ada pemberontakan.
Umum mengetahui ekonomi AS belum pulih sepenuhnya daripada pandemik COVID-19 ditambah pula Federal Reserve (Fed) terus meningkatkan kadar faedah, tetapi mula memperlahankannya dalam beberapa bulan lalu.
Rentetan itu, Dimon berpandangan ekonomi AS mampu berada dalam masalah dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya sebarang campur tangan drastik tidak dilaksanakan.
Sungguhpun Dimon yang gagal melihat kebaikan BTC telah menasihati pelabur untuk tidak membelinya, CEO BlackRock Larry tetap memberi sokongan kuat terhadap aset digital itu dan pelabur institusi kini mungkin lebih berminat beli BTC disebabkan spot BTC ETF yang sudah diluluskan.
Sebarang kesan besar ke atas ekonomi AS dijangka memberi manfaat pada BTC dan kripto lain secara umum susulan penyokong seperti Michael Saylor menganggap aset digital adalah komponen utama untuk memulihkan ekonomi.