US dolar paparkan prestasi suram pada dagangan minggu lalu, namun berjaya pulih sedikit pada penghujung minggu.
Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada suku pertama 2024 yang hadir dengan angka lebih perlahan daripada ramalan, mencetuskan kecenderungan untuk Federal Reserve (Fed) menuju ke arah pelonggaran polisi semula.
Namun, kadar inflasi sebelum ini menunjukkan peningkatan semula data data indeks harga PCE yang diterbitkan pada sesi terakhir minggu lalu turut menunjukkan aktiviti perbelanjaan yang positif pada Mac.
Petunjuk lebih jelas akan diperhatikan menerusi keputusan mesyuarat FOMC yang akan berlangsung pada minggu ini.
Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan harga telah dipaparkan apabila US dolar alami penyusutan berikutan data-data ekonomi AS yang diterbitkan hadir dengan angka yang suram.
Paras ketinggian dicapai pada Jumaat sekitar 1.07500 sebelum harga papar terjunan ke paras sokongan semasa harga sekitar 1.06800.
Memulakan dagangan di awal minggu ini, harga meningkat perlahan di sesi Asia untuk berada di atas paras tumpuan 1.07000.
Garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu diuji dan reaksi harga akan diperhatikan untuk menilai arah pergerakan selanjutnya.
Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, ketinggian minggu lalu akan cuba diatasi sebelum corak bullish harga disambung semula.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah untuk harga menuju pula paras sekitar 1.08000.
Namun, akan menjadi petanda amaran apabila harga mula bergerak susut kembali di bawah paras 1.07000 setelah halangan MA50 yang diuji gagal dilepasi.
Penurunan lebih rendah harga akan mensasarkan zon support sebelum ini yang berada pada zon 1.06000.
See the image of the EUR/USD pair chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW