Gagal pamerkan arah yang jelas untuk dagangan awal minggu semalam, pergerakan mata wang utama dilihat bercampur-campur.
US dolar berjaya paparkan pengukuhan semula ke atas beberapa mata wang utama lain di sesi New York semalam selepas bergerak susut pada sesi-sesi sebelumnya.
Penganalisis memberi amaran untuk situasi tidak menentu ini bakal berterusan dengan tumpuan utama kini sedang terarah kepada acara pilihan raya presiden di Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung pada malam ini.
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, zon rintangan 1.09000 sekali lagi diuji dan reaksi menarik harga diperhatikan pelabur.
Seperti situasi penghujung minggu lalu, harga masih gagal menembusi rintangan tersebut untuk melanjutkan kenaikan lebih tinggi.
Penurunan harga dipaparkan semula ketika dagangan menuju penghujung sesi New York kembali ke paras sekitar 1.08700.
Pelabur menantikan petunjuk seterusnya untuk menilai arah pergerakan harga namun tetap berwaspada menjangkakan situasi yang tak menentu untuk beberapa sesi mendatang.
Sekiranya penurunan semalam dilanjutkan sehingga hari ini, harga berkemungkinan akan menuju semula ke paras tumpuan 1.08000.
Lebih rendah lagi, paras minggu sebelum ini yang dicecah sekitar 1.07600 akan cuba untuk diatasi untuk catatkan paras terendah terbaru.
Namun, jika berlaku lonjakan kukuh harga melepasi zon rintangan 1.09000, akan memberi isyarat yang positif untuk kenaikan lebih tinggi untuk harga teruskan.
Kenaikan harga akan mensasarkan ke paras tumpuan berikutnya pada ketinggian sekitar 1.10000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES