Tanpa mematikan momentum minggu lalu, corak kenaikan harga masih diteruskan pada dagangan Isnin semalam di carta pasangan mata wang GBP/USD.
Dengan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) yang menjadi perbualan dalam pasaran ketika ini, US dolar berterusan alami penyusutan hingga susut ke paras terendah 7 bulan.
Pound terus memanfaatkan peluang untuk mengekalkan prestasi baik berbanding US dolar sejak dari minggu lepas.
Lonjakan harga dari zon 1.27000 sebelum ini dilihat kini menghampiri ketinggian paras 1.30000 selepas harga meneruskan kenaikan sehingga pembukaan awal minggu semalam.
Namun, zon 1.30000 dilihat sebagai zon rintangan yang menjadi penghalang kenaikan harga diteruskan, dengan pergerakan harga mendatar di bawah tersebut pada sesi Asia pagi ini (Selasa).
Penganalisis melihat potensi kenaikan harga masih ada dengan pergerakan yang kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Jika harga ingin meneruskan trend bullish, rintangan 1.30000 perlu dilepasi sebelum harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.
Sasaran seterusnya adalah untuk mencapai ketinggian 1.31000 namun perlu melepasi dahulu paras yang dicapai pada Julai sebelum ini sekitar 1.30440.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga pula jika berlaku, paras 1.29000 berkemungkinan akan dihampiri semula.
Namun, harga yang melepasi sokongan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend bearish harga dan harga boleh jatuh lebih rendah semula seperti ke sekitar 1.28000 sebelum ini.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW