Carta pasangan mata wang GBP/USD kembali memberi petanda untuk menyambung semula pergerakan bearish sebelum ini setelah paras penting pada 1.3000 gagal ditembusi.
Minggu lalu harga telah paparkan kejatuhan hampir mencecah 1.29000 namun kembali pulih paparkan pemulihan semula ketika US dolar kehilangan momentum pengukuhannya.
Pada Jumaat, kenaikan harga menuju paras rintangan 1.30000 namun gagal tembus ke paras lebih tinggi sebelum berundur turun semula.
Tambahan pula, US dolar kembali kukuh pada dagangan sesi terakhir minggu itu yang disokong oleh beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang baik.
Memulakan dagangan awal minggu di sekitar paras 1.29600 pada pembukaan sesi Asia pagi ini, harga beransur susut ke bawah dengan isyarat bearish yang bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Harga dilihat cenderung untuk membuat penurunan selepas ini menuju ke zon support 1.29000 yang hampir dicecah minggu lalu.
Reaksi harga di sekitar zon penting itu akan diperhatikan dan bakal memberi petunjuk untuk arah pergerakan selanjutnya.
Jika penurunan menembusi zon 1.29000, paras terendah terbaru akan dicatatkan dengan sasaran untuk dituju adalah sekitar 1.28000 pula.
Namun jika lonjakan yang dipaparkan, rintangan 1.3000 akan sekali lagi jadi sasaran untuk harga atasi sebelum teruskan kenaikan lebih tinggi.
Seterusnya, sasaran akan beralih pula pada ketinggian 1.31000 yang merupakan paras tumpuan pada dagangan di awal Oktober lalu.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES