Data ADP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan positif mengatasi jangkaan menunjukkan jumlah pekerja yang diambil untuk bekerja untuk syarikat swasta meningkat pada September berbanding bulan sebelumnya.
Peningkatan kepada 143,000 untuk September berbanding angka pada bulan Ogos memberi isyarat yang baik menjelang laporan pekerjaan NFP di penghujung minggu.
Namun jika dilihat pada pergerakan harga emas, tiada kesan kejatuhan yang ketara dilihat selepas data tersebut dikeluarkan ekoran peperangan yang semakin tegang antara Iran dan Israel masih menjadi perhatian utama dalam pasaran.
Pelabur berada dalam keadaan berhati-hati pada ketika ini membuatkan tumpuan lebih cenderung kepada aset yang selamat yang telah memberi kelebihan kepada emas.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat masih berada di bawah paras 2670.00, walaupun terdapat percubaan untuk melepasi rintangan tersebut pada sesi New York semalam.
Pada dagangan Khamis, harga dilihat masih berada dalam keadaan bearish dan pelabur masih memerhati petunjuk bagi arah pergerakan harga selanjutnya.
Jika penurunan harga diteruskan, paras 2600.00 perlu diberi perhatian yang dilihat sebagai zon RBS (Resistance Become Support) yang pernah menunjukkan reaksi pada dagangan minggu sebelum ini.
Sekiranya, trend bearish tersebut masih lagi diteruskan dengan melepasi 2600.00, terdapat lagi dua zon RBS yang perlu diberi perhatian iaitu 2530.00-2500.00 dan 2480.00-2470.00.
Terdapat juga kemungkinan untuk harga emas mendaki jika data yang bakal dikeluarkan pada malam ini seperti tuntutan pengangguran AS dan tinjauan ISM gagal menyokong US dolar untuk menguat.
Situasi di Timur Tengah ketika ini juga harus diambil perhatian kerana jika keadaan semakin memburuk, angka positif yang dicatatkan pada malam ini tidak mampu untuk melemahkan logam emas.
Untuk kenaikan pula, paras rintangan 2670.00 akan menjadi sasaran untuk diuji harga untuk meyakinkan pelabur bahawa trend bullish masih akan diteruskan.
Jika berjaya, emas berpotensi untuk memecahkan lagi rekod tertinggi terbarunya dalam sejarah sehingga ada yang meletakkan sasaran pada ketinggian 2700.00 untuk dicapai.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW