Setelah mendatar untuk beberapa hari dagangan sebelum, harga emas paparkan terjunan pada dagangan Rabu semalam mengiringi acara pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.
Pada sesi Asia, pergerakan harga emas masih perlahan sebelum situasi bertukar rancak pada dagangan sesi-sesi berikutnya.
Pengukuhan yang terjadi ke atas mata wang US dolar ketika menyaksikan kiraan undian pilihan raya memihak kepada Trump, harga emas alami kejatuhan yang mendadak untuk menyambung corak penurunan yang dimulakan pada minggu lepas.
Memerhatikan pergerakan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang berada di paras ketinggian 2750.00 semalam telah menjunam hingga menembusi 2700.00 sebelum mencecah 2660.00.
Kejatuhan harian terbesar emas dalam tempoh 5 bulan itu telah menandakan perubahan corak harga yang berterusan pada beberapa minggu sebelum ini.
Momentum terjunan harga mula pudar di sesi New York namun pergerakan menurun harga diteruskan dengan perlahan hingga harga mencecah sekitar 2643.00 di sesi Asia pagi ini (Khamis).
Penurunan lanjut harga emas dijangkakan akan berlaku dengan sasaran terhampir dilihat berada pada zon 2600.00.
Kali terakhir harga menguji support tersebut adalah pada 10 Oktober yang lalu sebelum melantun naik hingga ke paras tertinggi.
Namun jika berjaya untuk harga emas melantun semula di atas zon 2660.00-2670.00, cubaan untuk pemulihan harga akan dipaparkan.
Harga akan cuba untuk mendaki semula melepasi 2700.00 sebelum menuju ke paras sebelum terjunan semalam berlaku.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES