Rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru buat harga emas berjaya dicatatkan semalam mencapai ketinggian sehingga $2,740.
Namun, harga kembali menunjukkan penurunan semula pada dagangan sesi New York semalam ketika pengukuhan US dolar kembali memberi tekanan.
US dolar berjaya mendapat rentak pengukuhannya semula di pembukaan awal minggu ini selepas momentum yang pudar pada penutup minggu lepas.
Memerhati pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mencapai paras tertinggi 2740.00 sebelum terjunan dipaparkan pada sesi New York.
Penurunan harga mencecah sekitar 2714.00 menuju dagangan penghujung sesi sebelum beransur meningkat semula di sesi Asia pagi ini (Selasa).
Kejatuhan harga emas itu dilihat menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut sebelum melantun semula.
Ini menunjukkan isyarat untuk harga emas masih cenderung untuk meneruskan corak kenaikannya ke paras lebih tinggi.
Kenaikan harga jika diteruskan tidak mustahil untuk menyaksikan rekod baru tercipta lagi dengan mengekalkan momentum pada dagangan minggu lalu.
Paras 2740.00 mungkin diatasi sebelum harga dipacu lebih tinggi. Penganalisis meletakkan sasaran baharu sekitar 2770.00 untuk dituju.
Namun, hati-hati jika harga mula bergerak turun di bawah garisan sokongan MA50 yang akan menjadi isyarat awal perubahan arah harga.
Jika penurunan harga berlaku, jangkaan adalah untuk zon tumpuan pada 2670.00 akan kembali dihampiri harga semula sebelum reaksi di sekitar itu akan memberi petunjuk arah selanjutnya.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES