Dagangan emas positif pada dagangan penutup minggu lalu apabila berjaya paparkan corak peningkatan harga semula.
Ketika data indeks harga PCE menjadi tumpuan pada Jumaat, harga emas telah menunjukkan kenaikan semula untuk memulih dari kejatuhan pada hari sebelumnya.
Penurunan harga emas dilihat bermula pada Rabu dari paras ketinggian $2,430 yang mencecah paras terendah minggu itu sekitar $2,353.
Pelabur meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar di penghujung minggu, namun data PCE tidak memberi kesan ketara terhadap US dolar dan juga emas.
Harga meneruskan kenaikan hingga melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut untuk memberi isyarat corak kenaikan untuk diteruskan pada pembukaan awal minggu ini.
Seperti dijangkakan, harga emas meneruskan kenaikan dan semat menyentuh paras 2400.00 di sesi Asia pagi ini (Isnin) sebelum berundur dan perlahan di sekitar 2390.00 di awal sesi Eropah.
Jika corak kenaikan harga emas berjaya dikekalkan hingga ke sesi-sesi berikutnya, harga dilihat akan menuju semula paras 2430.00 dan menguji sekali lagi rintangan itu seperti minggu lalu.
Kenaikan lebih tinggi akan menguatkan isyarat pergerakan trend bullish buat emas untuk mencapai kembali rekod tertinggi pada zon 2480.00 sebelum ini.
Namun, amaran kejatuhan harga kepada pelabur apabila harga mula bergerak susut di bawah sokongan MA50 selepas paras 2400.00 gagal diatasi.
Penurunan yang diteruskan bakal melepasi paras dicecah minggu lalu sebelum seterusnya menuju ke zon tumpuan pada 2300.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW