Pelabur emas mula berjaga-jaga apabila terdapat tanda-tanda untuk kejatuhan harga logam kuning itu untuk berlaku selepas paparkan lonjakan yang kukuh pada penutup minggu lalu.
Mempengaruhi dagangan semasa emas, perkembangan berkenaan rancangan stimulus mega oleh China sebagai negara pengguna terbesar turut diperhatikan pelabur.
Pelabur masih belum meletakkan keyakinan terhadap pelan China tersebut sementara US dolar pula kekal berlegar di paras tertinggi 2 bulan, menghadkan peningkatan harga emas.
Meneliti pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga sedikit merendah pada dagangan yang bersambung pada hari ini (Selasa) selepas kejatuhan harga semalam.
Pada Isnin semalam, harga sempat meneruskan kenaikan ke paras ketinggian sekitar 2666.00 sebelum susut pada sesi New York.
Mendatar pada awal sesi Asia pagi ini sekitar 2650.00, harga kemudiannya menunjukkan penurunan untuk bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Sekiranya harga emas jatuh lebih rendah selepas ini, jangkaan adalah untuk menuju semula ke zon sokongan semasa pada 2600.00.
Jika tembus, harga boleh melanjutkan penurunan untuk mencecah pula paras sekitar 2580.00 atau lebih rendah.
Sementara, jika kenaikan harga berjaya diteruskan semula, paras ketinggian dicapai semalam akan cuba diatasi.
Seterusnya, harga akan tertumpu pada zon rintangan 2670.00 diuji pada dagangan minggu sebelum ini yang masih kental untuk ditembusi.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK