Penutup dagangan Jun yang baik buat komoditi emas apabila harga menunjukkan pemulihan semula dari kejatuhan di penghujung minggu lalu.
Pada mulanya harga dilihat alami kejatuhan sehingga ke paras $2,300 namun berjaya meningkat semula berikutan prestasi suram US dolar yang memberi ruang kepada dagangan emas.
Data indeks harga PCE Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi terakhir minggu itu turut catatkan bacaan yang kurang memberangsangkan.
Jika data-data tumpuan penting pada minggu ini turut hadir dengan bacaan yang tidak memihak kepada US dolar, harga emas berpotensi untuk meningkat lebih tinggi.
Pergerakan harga emas dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Pertengahan minggu lalu menyaksikan harga susut ke sekitar 2300.00, namun berjaya melonjak naik semula.
Namun lonjakan harga yang diteruskan pada penghujung minggu dilihat mula perlahan dan pelabur juga mula berhati-hati untuk penutupan dagangan suku kedua 2024.
Harga yang telah melonjak melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat bullish kepada pelabur emas dengan kenaikan yang mencapai paras ketinggian sekitar 2340.00.
Namun, harga dibuka perlahan dan mendatar di awal minggu ini sekitar 2325.00 selain dilihat turut menguji garisan sokongan MA50.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan lagi minggu ini, paras 2340.00 minggu lalu bakal diatasi sebelum harga menuju ke paras ketinggian yang telah dicapai pada minggu sebelumnya sekitar 2368.00.
Seterusnya, zon 2380.00 menanti untuk diuji yang merupakan antara zon tumpuan harga emas pada dagangan terdahulu.
Sebaliknya, waspada jika harga pamerkan penurunan lebih rendah di awal minggu ini dan memberikan isyarat perubahan trend bearish semula.
Jangkaan penurunan harga bakal menghampiri semula zon support 2300.00 yang dicecah pada minggu lalu.
Penurunan yang dilanjutkan selepas melepasi zon penting itu akan menjangkakan harga menuju sekitar 2270.00 pula.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW