Pasaran emas didagangkan tinggi pada pembukaan awal minggu, disebabkan oleh data negara Amerika Syarikat (AS) yang kurang memberangsangkan pada Jumaat dan jangkaan keputusan Federal Reserve (FED) untuk menurunkan kadar faedah pada September.
Hal ini telah memberi kelebihan kepada pasaran emas berikutan situasi US dolar yang menyusut semula.
Pada minggu lepas, data indeks harga pengguna (CPI) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) hadir dengan bacaan lemah menyokong kenaikan pergerakan harga emas.
Selain itu, isu kemelesetan ekonomi yang timbul telah menyebabkan para pelabur berasa tidak tenang dan mengalihkan pelaburan kepada aset safe haven.
Permintaan yang meningkat terhadap aset-aset selamat telah melonjakkan lagi harga emas sehingga berjaya memecahkan rekod ketinggian terbaru.
Berdasarkan carta harian, harga emas sedang berada di paras tertinggi dalam sejarah dan pelabur masih menanti isyarat yang jelas tentang hala tuju harga emas selanjutnya.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mencapai paras 2506.00 setelah melakukan momentum kenaikan dari paras harga 2367.00 sebelum ini.
Sekiranya harga ingin melakukan penurunan semula, paras 2495.00 akan menjadi sasaran untuk harga menguji zon penting tersebut.
Melepasi zon tersebut akan memberi isyarat penurunan harga untuk diteruskan dengan paras 2480.00 akan menjadi sasaran seterusnya.
Untuk harga melakukan trend bullish pula, agak sukar untuk pelabur menjangkakan sasaran harga seterusnya sekiranya kenaikan diteruskan kerana ketika ini harga emas berada di paras yang tertinggi.
Namun, penganalisis pasaran menjangkakan harga emas berpotensi untuk meningkat hingga ke paras 2600.00 bagi rekod sejarah yang terbaru lagi.
Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW