Harga emas terus menerus untuk mencipta rekod tertinggi sejarahnya pada tahun ini sehingga tidak lagi menjadi satu keterujaan kepada para pelabur.
Namun, pelabur tetap gembira menyaksikan lonjakan berterusan nilai logam kuning itu dengan paras terbaru dicapai pada pembukaan awal minggu ini sekitar $2,732.
Ini menjadi paras tertinggi terbaru selepas harga berjaya mengatasi rekod yang dicatatkan pada dagangan penghujung September lalu.
Meneliti pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu masih memberi isyarat untuk trend bearish diteruskan.
Pada Jumaat penutup minggu lepas, harga emas berjaya melepasi paras jangkaan penganalisis iaitu 2700.00 sebelum menutup dagangan di sesi terakhir itu sekitar ketinggian 2720.00.
Dengan momentum yang masih dikekalkan pada awal minggu ini, pendakian harga masih belum tamat dan pelabur berkemungkinan akan melihat rekod terbaru harga dicipta lagi.
Penganalisis mengalihkan jangkaan sasaran terbaru kepada beberapa paras harga antaranya sekitar 2770.00 untuk kenaikan yang dilanjutkan emas.
Namun jika penurunan harga berlaku, zon penting yang akan diperhatikan adalah pada 2670.00 yang bakal memberi isyarat arah pergerakan harga selanjutnya.
Susut di bawah zon tersebut akan menjadi isyarat bearish buat emas untuk memulakan corak penurunan semula dari zon tertinggi ketika ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK