Emas telah memecah rekod terbaru harga tertinggi sepanjang masa di awal minggu semalam mencapai paras $2,450.
Namun, pengunduran semula harga membuatkan pelabur mula berwaspada daripada keterujaan sebelum itu.
Perubahan corak pergerakan mata wang US dolar berbanding minggu lalu telah membantutkan momentum kenaikan harga emas.
Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga berjaya mencapai ketinggian 2450.00 namun kemudiannya susut semula di bawah paras 2430.00.
Penurunan mencecah sekitar 2407.00 sebelum melantun semula menguji zon 2430.00 di penghujung sesi New York.
Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga dilihat gagal untuk berada di atas paras 2430.00 setelah mengujinya sebelum paparkan penurunan ke sekitar 2407.00 semula.
Paras-paras penting itu diperhatikan selain harga yang mula bergerak di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD sebagai petanda amaran awal penurunan harga emas.
Sekiranya harga semakin ditekan jatuh, jangkaan adalah untuk harga kembali menghampiri zon tumpuan sebelum ini sekitar 2375.00.
Junam lebih rendah akan beri isyarat jelas perubahan trend bearish buat emas dengan jangkaan untuk harga kembali mencecah sekitar 2300.00.
Namun jika harga berjaya peroleh kekuatan untuk melonjak semula, melepasi 2430.00 akan menambah potensi untuk harga emas mencapai rekod ketinggian terbaru 2450.00.
Malah harga emas berupaya dipacu lebih tinggi untuk rekod yang baru dengan ada penganalisis yang meletakkan sasaran sehingga paras 2500.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW