Sinar emas menerangi dagangan para pelabur komoditi berharga itu di penghujung minggu lalu dengan lonjakan harga yang berjaya dipaparkan semula.
Pergerakan harga emas telah dipengaruhi oleh perubahan pada mata wang US dolar yang memberi reaksi kepada data-data penting yang diterbitkan.
Pada Khamis, harga emas jatuh ditekan oleh bacaan inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang tinggi mengatasi ramalan, namun data inflasi pengeluar pada Jumaat pula merosot membuatkan US dolar melemah sekaligus mengangkat naik emas untuk mengukuh.
Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga ditekan dahulu mencecah paras sekitar 2013.00 pada Khamis.
Namun, harga pada Jumaat berubah coraknya apabila pamerkan semula lonjakan yang ketara sehingga menembusi paras 2050.00.
Menjadi paras tertinggi untuk minggu lalu, harga emas berjaya capai sekitar 2060.00 sebelum menutup dagangan sesi terakhir di bawah 2050.00 semula.
Corak pergerakan harga sudah berubah bullish dengan harga juga telah berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut mengunjurkan trend harga menaik untuk minggu ini.
Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Isnin), harga paparkan kenaikan untuk berlegar perlahan di atas zon 2050.00 namun belum lagi mengatasi ketinggian hujung minggu lalu.
Harga emas berpotensi untuk meningkat lagi selepas ini dengan sasaran untuk menuju pula zon tumpuan sekitar 2070.00 hingga 2080.00.
Seterusnya, barulah sasaran emas berikutnya adalah untuk mengatasi pula ketinggian yang dicapai pada penghujung Disember lalu.
Namun, jika situasi kembali berubah, jangan terkejut jika harga emas paparkan terjunan semula selepas ini.
Terjun dari paras 2050.00 hingga harga menuju semula paras terendah dicecah pada dagangan minggu lalu.
Selanjutnya, selepas pertukaran trend bearish, harga emas bakal menuju sasaran pada paras tumpuan 2000.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW