Dagangan emas turut memberi reaksi menarik susulan pasaran sejak semalam memberi tumpuan kepada mesyuarat FOMC yang sememangnya dinanti-nantikan.
Ini disebabkan oleh pergerakan emas yang berkorelasasi songsang dengan mata wang US dolar.
Sebelum mesyuarat pada jam 3 pagi tadi, US dolar terlebih dahulu menyusut di awal sesi New York yang turut menjadi faktor peningkatan harga emas.
Namun selepas US dolar menguat semula selepas reaksi pasaran terhadap kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, harga emas kembali susut semula.
Jika diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga membuat kenaikan ke zon sasaran iaitu 2050.00.
Namun menuju penghujung sesi New York, harga emas menjunam semula ke zon 2030.00 kesan reaksi mesyuarat FOMC.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga kembali meningkat semula hampir menyentuh paras 2050.00 sebelum perlahan dibawahnya pada awal sesi Eropah.
Pergerakan harga yang masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu masih memberi isyarat untuk pergerakan bullish buat harga, namun rintangan pada 2050.00 perlu diatasi.
Jika berjaya lonjakan diteruskan, harga akan menyambung kenaikan lebih tinggi menuju sasaran berikutnya pada ketinggian 2070.00 yang menjadi antara zon tumpuan harga sebelum ini.
Namun jika harga emas menjunam ke bawah, zon 2030.00 akan diuji sebagai zon sokongan terhampir.
Jika masih tembus lebih rendah, ini akan memberi amaran kepada pelabur untuk kejatuhan parah emas yang bakal menuju semula paras 2000.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG