Pelabur emas tersenyum riang menyaksikan peningkatan semula harga logam kuning itu semalam ketika US dolar masih alami penyusutan menuju dagangan penghujung minggu.
Laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang dinantikan pada Jumaat tampak suram dengan bacaan data ADP yang menjadi petunjuk awal hadir dengan angka lebih rendah dari ramalan.
Risiko ke atas dagangan US dolar yang tidak menentu memberi kelebihan kepada emas untuk menyinar semula.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat berlegar susut ke paras sekitar 2315.00 di awal minggu ini.
Namun, harga telah berjaya menunjukkan kenaikan semula semalam sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini sehingga berjaya mencapai semula paras 2370.00.
Peningkatan itu dilihat telah berjaya mengatasi paras dagangan minggu lalu yang mendatar di bawah 2360.00.
Zon 2370.00 diuji sebagai rintangan yang perlu ditembusi sebelum harga menyambung corak kenaikan ke paras yang lebih tinggi selepas ini.
Jika harga meningkat dengan kukuh, paras tumpuan pada 2430.00 mampu untuk dicapai semula dan seterusnya mencabar rekod tertinggi 2450.00.
Namun jika corak kenaikan gagal dikekalkan, pelabur perlu bersedia untuk menyaksikan kejatuhan harga emas semula yang sememangnya berisiko untuk berlaku dalam suasana pasaran yang tidak menentu ini.
Penurunan harga dilihat akan mencecah paras sokongan pada 2300.00 dan reaksi harga di sekitar itu akan dinilai untuk petunjuk arah pergerakan selanjutnya.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW