Memulakan dagangan awal minggu dengan suram, harga emas dilihat tergelincir sejak pembukaan sesi Asia pagi ini sehingga bersambung ke awal sesi Eropah.
Berlaku peningkatan permintaan terhadap emas ketika konflik perang Iran-Israel tegang pada minggu lalu, namun harga emas tidak menunjukkan lonjakan yang ketara.
Dengan sentimen pasaran berisiko yang mula mereda, tarikan terhadap emas sedikit pudar menyaksikan harga didagangkan susut di pembukaan awal minggu ini.
Pergolakan di Timur Tengah terus menjadi tumpuan pasaran sehingga ke minggu ini dan turut menjadi faktor pemacu penting turun naik nilai emas semasa.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pergerakan harga emas pada minggu lalu secara keseluruhannya dilihat mendatar.
Paras tertinggi yang dicapai adalah pada sekitar 2417.00, tidak berjaya menyentuh kembali rekod paling tinggi 2430.00 yang dicapai pada minggu sebelumnya.
Pada sesi Eropah hari ini, harga mula membuat penurunan ke paras terendah minggu lalu sekitar 2355.00.
Pelabur memerhati isyarat pergerakan bearish harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Jika harga didorong lebih rendah ke bawah, sasaran penurunan harga dijangka menuju zon RBS (resistance become support) pada 2300.00.
Mencecah zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru harga emas untuk tempoh dagangan 3 minggu.
Namun jika harga kembali meningkat semula pada dagangan sesi-sesi berikutnya, melepasi halangan MA50 akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi buat emas.
Melepasi paras dicapai minggu lalu akan melihatkan harga cuba untuk mencabar rekod tertinggi sepanjang masa pada 2430.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG