Penganalisis pasaran serta pelabur emas begitu teruja ketika ini kerana memerhatikan sejarah yang sedang diperlihatkan pada pergerakan emas semasa.
Ini adalah kerana harga emas didagangkan di paras tertinggi sepanjang masa (all-time high) terbaru yang tidak pernah dilihat selepas mengatasi rekod pada Disember tahun lalu.
Sehingga dagangan bersambung pada sesi Eropah petang ini (Jumaat), harga emas terus melonjak catatkan paras ketinggian terbaru.
Pelabur memerhati rapat pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar sepanjang minggu ini.
Ternyata lonjakan harga pada penutup minggu lepas memberi impak ketara terhadap pergerakan emas minggu ini yang dilihat mengekalkan momentum positif tersebut.
Memulakan dagangan di awal di paras 2080.00, harga emas terus dipacu tinggi hingga melepasi zon penting pada 2140.00 Rabu lalu.
Pada Khamis semalam, corak pergerakan lebih perlahan namun harga kekal paparkan kenaikan dan mencatatkan rekod tertinggi terbaru harga sekitar 2164.00.
Corak pergerakan kekal bullish dengan harga dilihat masih kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Setakat sesi Eropah petang ini, harga emas merekodkan ketinggian terbaru lagi mencapai 2168.00 dan trend itu dijangka boleh berterusan lagi.
Malah lonjakan lebih tinggi tak mustahil untuk berlaku berikutan pasaran akan memberi reaksi pada data penting malam nanti iaitu laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
Sasaran 2200.00 mampu dicapai atau harga emas boleh ‘terbang’ lebih tinggi lagi.
Namun waspada jika terjunan harga berlaku semula, pelabur perlu bersedia untuk senario buruk kepada logam kuning ini.
Susut di bawah paras 2140.00 boleh menjadi petanda awal untuk trend bearish yang menjangkakan harga untuk menuju sehingga paras 2080.00 seperti sebelum ini semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG