Dagangan emas positif di awal minggu ketika ketidaktentuan berterusan berkenaan gencatan senjata di Gaza terus meningkatkan permintaan terhadap aset safe-haven.
Selain itu, spekulasi berkenaan langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada penghujung tahun ini yang kekal berlegar turut menyokong peningkatan harga emas dalam pasaran.
Ini berikutan tumpuan terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) minggu lalu yang mencatatkan bacaan yang merosot untuk bulan April.
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa mesyuarat FOMC dan pengerusi Jerome Powell adalah bernada hawkish dan turut disokong oleh ahli-ahli Fed yang lain.
Justeru, ini boleh menghadkan peningkatan emas sekiranya terdapat faktor-faktor yang terus membuatkan US dolar bergerak kukuh.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menunjukkan peningkatan harga di awal minggu semalam selepas mendatar di zon 2300.00.
Namun, kenaikan harga terhad setakat paras 2330.00 dan harga perlahan di penutup sesi New York sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa).
Harga walau bagaimanapun menunjukkan isyarat yang positif apabila berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Kenaikan harga boleh diteruskan sekiranya isyarat bullish tersebut kekal dan menyaksikan harga mengatasi paras semalam.
Paras rintangan minggu lalu pada 2350.00 seterusnya menjadi sasaran untuk dilepasi sebelum harga kembali menuju ke paras 2340.00 yang menjadi rekod tertinggi emas.
Namun jika harga merudum jatuh di bawah paras 2300.00 akan menjadi amaran kepada pelabur untuk bersedia melihat harga emas susut lebih rendha.
Sasaran penurunan terhampir harga dilihat pada zon 2270.00 sebelum reaksi harga di sekitar itu akan dinilai untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW