Pemulihan harga emas dipaparkan semula sejak dagangan Khamis semalam selepas pelabur telah menyaksikan kejatuhan harga dari awal minggu hampir mencecah paras $2,000.
Harga meningkat secara perlahan dan diteruskan sehingga ke sesi Eropah petang ini (Jumaat). Pelabur waspada untuk risiko pergerakan harga di sesi terakhir untuk minggu ini.
Momentum pengukuhan US dolar yang sedikit mereda memberi ruang untuk emas meningkat di penghujung minggu.
Pun begitu, US dolar masih didagangkan baik di paras tertinggi 1 bulan ketika data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan yang positif.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, penurunan harga yang diteruskan pada Rabu lalu hampir menyentuh paras 2000.00 sebelum kenaikan semula dipaparkan.
Pergerakan harga perlahan di sesi Asia hari ini (Jumaat) dengan peningkatan diteruskan ke sesi berikutnya ke sekitar paras 2030.00.
Harga yang telah mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu memberi isyarat awal untuk perubahan kepada trend bullish.
Kenaikan boleh dijangka untuk diteruskan lebih tinggi jika harga melepasi zon 2030.00 dengan sasaran untuk menuju hingga sekitar 2050.00 atau 2060.00.
Namun jika penurunan harga berlaku semula di bawah sokongan MA50, paras 2000.00 akan jadi sasaran semula untuk diuji.
Susut lebih rendah akan memaparkan pergerakan bearish harga emas menuju zon tumpuan berikutnya pada 1970.00 selain mencatatkan paras terendah terbaru.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW