Kebangkitan harga emas tampaknya suram di penghujung minggu lalu setelah pelabur menyaksikan kejatuhan parah harga terlebih dahulu di awal minggu itu yang mencecah sekitar $2,300.
Ketika pergolakan di Timur Tengah mulai reda, tumpuan terarah kepada situasi US dolar yang mempengaruhi pergerakan semasa buat emas.
Prestasi US dolar pada minggu lalu lemah berikutan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) hadir dengan bacaan kurang memberangsangkan termasuk pertumbuhan ekonomi suku pertama 2024 yang perlahan.
Dengan spekulasi pasaran yang bercampur, tumpuan pada minggu ini akan diberikan sepenuhnya terhadap mesyuarat FOMC untuk petunjuk yang lebih jelas berkenaan hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed) selanjutnya.
Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga sedikit pulih dari kejatuhan ke paras 2300.00 dan berjaya mencapai paras 2350.00 pada Jumaat.
Harga emas memulakan dagangan sekitar paras 2335.0 pada pembukaan sesi Asia pagi ini sebelum susut ke sekitar 2320.00.
Kembali bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu menandakan isyarat untuk pergerakan bearish buat emas.
Berkemungkinan harga bakal susut semula ke sekitar 2300.00 seperti minggu lalu untuk sekali lagi menguji zon support tersebut.
Jika tembus ke bawah, penurunan dijangka untuk dilanjutkan ke zon tumpuan berikutnya sekitar 2270.00.
Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga emas pula jika berlaku, sasaran adalah untuk mencapai kembali rekod tertinggi sebelum ini iaitu pada 2430.00.
Paras 2360.00 dan 2400.00 antara beberapa tumpuan yang perlu dilepasi sebelum sampai ke kemuncak tersebut.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW