Pada Rabu minggu lalu, harga emas telah mencipta sejarah dengan rekod tertinggi terbaru yang dicapainya di puncak $2,758 sebelum harga susut semula.
Setelah pergerakan harga agak mendatar pada penghujung minggu lalu bersambung di pembukaan awal minggu ini semalam, harga emas dilihat telah kembali menghampiri paras puncak Rabu lalu pada kenaikan yang dipaparkan pagi ini.
Penganalisis melihat kelebihan dimiliki aset berharga itu ketika situasi pergolakan di Timur Tengah semakin membimbangkan.
Selain Israel dan Iran saling meningkatkan serangan balas, situasi perang Rusia-Ukraine juga diperhatikan ketika Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara menghangatkan suasana.
Justeru, tidak mustahil untuk harga emas berterusan mencatatkan paras ketinggian terbaru dan memecahkan rekodnya lagi minggu ini.
Diperhatikan pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang mendatar di bawah paras 2750.00 semalam dilihat meningkat melepasi paras itu di sesi Asia pagi ini.
Kenaikan harga mencapai sekitar 2757.00 dengan potensi untuk mengatasi rekod minggu lalu.
Penganalisis melihat pergerakan bullish harga emas akan diteruskan apabila harga kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.
Kenaikan harga jika melepasi rekod sebelum ini dijangkakan untuk mencapai sehingga sekitar 2770.00-2780.00 untuk rekod terbarunya.
Namun, waspada sekiranya harga menjunam selepas menguji paras puncaknya itu dengan berlakunya aktiviti pengambilan untung oleh pemain pasaran.
Kejatuhan ketara harga emas boleh melepasi paras dicecah minggu lalu sekitar 2710.00 sebelum menuju ke sasaran lebih rendah pada zon 2670.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK