Sentimen pasaran yang memulih di awal minggu telah memberi kesan kejatuhan semula harga emas sejak dagangan sesi Asia bermula pagi ini.
Mengimbas situasi pada minggu lalu, emas cemerlang memaparkan peningkatan harga sepanjang minggu dari sesi pertama sehingga ke penghujung sesi terakhir.
Didorong oleh sentimen risk-off yang meningkatkan tarikan aset safe-haven, perkembangan situasi perang Rusia-Ukraine akan terus dipantau dan jika risiko kembali meningkat dalam pasaran, emas akan terus mendapat kelebihan.
Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah paparkan peningkatan berterusan sehingga mencapai ketinggian sekitar 2710.00 di penghujung minggu lalu.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga memaparkan terjunan drastik dari paras ketinggian 2720.00 yang dicatatkan di pembukaan sesi.
Terjunan harga telah mencecah sekitar 2660.00 sebelum pergerakan harga mula perlahan di sekitar tersebut.
Namun harga yang susut di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi amaran awal kepada pelabur untuk kejatuhan lebih lanjut sedang bermula.
Jika dilanjutkan penurunan itu, harga emas boleh dijangkakan untuk jatuh menuju paras 2600.00.
Selepas melepasi zon penting tersebut, harga emas berisiko susut lebih rendah dari pembukaan harga minggu lepas sebelum menghampiri zon support pada 2530.00.
Namun sebaliknya jika harga emas berjaya pulih semula dari kejatuhan pagi ini, paras 2720.00 perlu ditawan kembali.
Melanjutkan corak kenaikan minggu lalu, harga akan kembali mensasarkan untuk menuju sekitar 2750 hingga 2770.00, antara zon yang menjadi tumpuan ketika perjalanan memecah rekod tertinggi sebelum ini.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW