Dagangan emas pada pembukaan awal minggu semalam tampak positif dengan peningkatan perlahan yang dipamerkan ketika mata wang US dolar yang mempengaruhi pergerakan emas itu masih bergerak lemah menyusuli rentak pada penutupan minggu sudah.
Pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena cuti umum semalam dan penganalisis sememangnya menjangkakan pergerakan harga juga akan perlahan.
Selain itu, pelabur juga akan berwaspada pada minggu ini menantikan petunjuk selanjutnya berkenaan dasar monetari AS dengan kenyataan yang bakal disampaikan oleh ahli bank pusat serta data ekonomi penting yang akan diterbitkan seperti indeks harga PCE.
Justeru, walaupun ada sinar yang diperoleh emas di awal minggu, namun risiko untuk harga kembali tersungkur tetap ada.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat paparkan sedikit kenaikan pada sesi New York semalam ke paras sekitar 2375.00.
Selepas mendatar di sekitar tersebut sehingga menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga mula menunduk sedikit di awal sesi Eropah dan menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Sekiranya berjaya harga melantun semula, kenaikan yang akan diteruskan dilihat akan menempuh rintangan awal di zon 2370.00.
Jika kenaikan kukuh diperlihatkan sehingga menembusi zon itu, kenaikan boleh dijangkakan untuk menuju sekitar ketinggian 2430.00.
Sebaliknya, jika harga terus menjunam di bawah garisan MA50, harga berisiko terus untuk jatuh lebih rendah dari paras minggu lalu pada sekitar 2330.00.
Seterusnya, lanjutan penurunan harga itu akan menyaksikan paras penting pada 2300.00 diuji dan reaksi harga akan memberi petunjuk untuk arah pergerakan seterusnya.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW