Kesan laporan data pekerjaan NFP yang diterbitkan pada Jumaat lalu telah mencetuskan lonjakan harga emas ke paras tertinggi dalam sejarah kewujudannya sepanjang zaman.
Situasi yang mendorong kenaikan berterusan emas sepanjang minggu lalu adalah berikutan penyusutan yang berlaku ke atas mata wang US dolar.
Di penghujung minggu lalu, harga emas telah mencapai ketinggian sekitar $2,195 yang menjadi rekod tertinggi sepanjang masa selepas kenaikan harga telah berjaya mengatasi rekod yang dicapai pada Disember 2023 iaitu sekitar $2,144.
Kehadiran data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang mula mencetuskan kebimbangan kembali memfokuskan semula langkah penurunan kadar faedah yang perlu dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed).
Jika pasaran kekal bergerak di atas landasan tersebut, US dolar berisiko untuk alami penyusutan lanjut sekaligus akan terus memberi kelebihan kepada dagangan emas.
Pelabur meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Selepas harga membuat kenaikan mengatasi paras 2144.00, corak bullish tersebut dikekalkan sehingga ke penghujung minggu.
Penganalisis mensasarkan kenaikan hingga ke paras 2200.00, namun harga mencapai ketinggian sekitar 2195.00 untuk rekod tertinggi terbaru.
Menyambung dagangan pada awal minggu ini, harga emas mendatar di sekitar 2180.00 sehingga setakat sesi Eropah petang ini.
Pergerakan harga kekal dalam trend bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika situasi tidak berubah, harga emas berpotensi untuk terus memecahkan rekod harga semasa untuk memburu paras lebih tinggi selepas ini.
Paras 2200.00 berkemungkinan ditembusi dan terus mencapai paras tidak pernah dilihat sebelum ini.
Namun, waspada jika harga emas mula menunjukkan tanda-tanda penurunan, pemain pasaran juga bersedia untuk bertindak mengambil keuntungan pada posisi terdahulu.
Kejatuhan awal harga dijangka akan menuju paras 2144.00 yang menjadi tumpuan penting sebelum isyarat bearish lebih jelas boleh menekan ke bawah 2100.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG