Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan semalam telah menunjukkan peningkatan yang ketara untuk bacaan Julai berbanding jangkaan dan data yang lepas iaitu sebanyak 1.0%.
Susulan data jualan runcit yang baik, hal ini dilihat mengurangkan sedikit keyakinan terhadap keputusan Federal Reserve (FED) untuk mengurangkan pemotongan kadar faedah.
Reaksi harga emas telah menunjukkan kejatuhan yang ketara selepas data jualan runcit dikeluarkan.
Berdasarkan carta harian, harga emas sedang meneruskan momentum kenaikan semula selepas membuat kejatuhan kesan reaksi data diterbitkan di awal sesi New York semalam.
Pada carta harian XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga semalam jatuh dari paras 2470.00 ke paras sekitar 2433.00 sebelum membuat kenaikan semula ke zon 2461.00.
Sekiranya harga ingin melakukan kenaikan, pelabur akan menunggu reaksi pada zon 2470.00 untuk harga menguji pada paras penting tersebut.
Jika harga berjaya melepasi paras 2470.00, sasaran seterusnya adalah pada paras 2474.00 untuk harga sampai pada rintangan berikut tersebut.
Sebaliknya, jika harga ingin meneruskan penurunan pula, reaksi harga pada paras 2433.00 akan diperhatikan pelabur.
Jika harga berjaya melepasi paras 2433.00, sasaran yang lebih rendah seterusnya adalah 2426.00.
Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW